Berita Berita
Polis tahan lelaki 'hentak' kepala pelajar tahfiz dengan topi keledar hingga cedera di Kota Kinabalu
KOTA KINABALU 15 Dis - Seorang lelaki ditahan untuk membantu siasatan susulan tular satu video yang memaparkan kejadian sehingga menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan penderaan melibatkan pelajar madrasah di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut yang tular menerusi rakaman video di media sosial.
Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 11.55 malam pada Ahad, di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu, yang melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa.
"Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Kasim berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi semua pihak terlibat.
Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 4 minit 51 saat yang menunjukkan seorang lelaki memukul sekumpulan remaja lelaki menggunakan topi keledar di kawasan kedai.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
