Berita Berita
Kerajaan perkukuh sistem amaran awal hadapi risiko banjir gelombang kedua - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR 16 Dis - Kerajaan mempergiat usaha kesiapsiagaan bencana dengan memperkukuhkan sistem amaran awal dan pelan pemindahan penduduk bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir, khususnya di beberapa negeri berisiko tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun keadaan cuaca sukar diramal dengan tepat, langkah awal perlu diambil bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan pemindahan penduduk dilakukan lebih awal, terutamanya mereka yang menetap di kawasan berisiko.
“Kita tidak dapat menjangkakan dengan tepat, tetapi gelombang ini dijangka berlaku di Pantai Timur dan adalah gelombang kedua yang akan membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan juga Sarawak.
“…yang penting ialah sistem yang telah diwujudkan dari segi kesiapsiagaan dan amaran awal, bagi memastikan pemindahan penduduk dapat dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kehilangan nyawa, kerosakan dokumen dan menyediakan persiapan secukupnya di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) di sini, semalam.
Cari penyelesaian isu tanah FELDA
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan menangani sebarang pertikaian berkaitan isu premium tanah antara FELDA dan kerajaan Terengganu secara berhemah demi menjaga kebajikan para peneroka.
Beliau berkata, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan melalui FELDA dan FGV bersama kerajaan negeri Terengganu, khususnya Setiausaha Kerajaan Negeri, akan terus diperkukuh bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu berkenaan.
“Tiada perkara yang tidak boleh dirundingkan dan keutamaan kita adalah kepentingan dan kebajikan para peneroka,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Terengganu bersetuju melanjutkan tempoh remedi selama sebulan sehingga 7 Januari depan susulan perkembangan positif rundingan dengan FELDA berhubung isu terbabit.
Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Zulkifli Ali dilaporkan berkata selepas notis kesalahan bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) disampaikan, kerajaan negeri telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan pengurusan tertinggi FELDA bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap isu yang dibangkitkan.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
