Berita Berita
Porsche terbabas ketika ambil telefon, ‘terbang’ lepasi parit di Kuala Langat
KUALA LUMPUR 16 Dis – Sebuah kereta mewah dipandu lelaki tempatan dilaporkan ‘terbang’ melepasi parit selepas terbabas dalam kejadian di Jalan Sungai Rambai, Kuala Langat, Selangor, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang ketika pemandu kereta jenis Porsche Panamera itu cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di bawah kerusi pemandu.
Menurutnya, mangsa pada awalnya menggunakan telefon bimbit bagi membuka aplikasi Google Maps, namun peranti tersebut terjatuh ke bawah kerusi.
“Ketika cuba mengambil telefon bimbit berkenaan, pemandu berkenaan telah hilang kawalan lalu menyebabkan kenderaan dipandunya terbabas dan meluncur melepasi parit sebelum tersekat di atas tebing,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Akmalrizal memaklumkan pemandu yang merupakan seorang peniaga berusia lingkungan 40-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan serta memiliki lesen memandu yang sah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Inspektor Mazrol Mohd Din di talian 03-3187 2222 atau 011-1853 9115, atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan sebuah kereta Porsche Panamera dengan sebahagian badannya berada di dalam parit manakala selebihnya tersangkut di atas tanah, dipercayai selepas terbabas.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
