Berita Berita
Anak-anak SM Mohamed Idris bantah penglibatan Anwar dalam pelancaran buku
SHAH ALAM 16 Dis – Anak-anak kepada aktivis terkemuka, Allahyarham SM Mohamed Idris menyatakan bantahan dan tidak merestui penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis pelancaran buku mengenang ayah mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam kenyataan bersama, Ayisha, Fathima dan Khatija berkata bantahan yang disuarakan pihak keluarga telah diabaikan sepenuhnya apabila Anwar tetap diraikan serta diberikan peranan utama sebagai perasmi majlis berkenaan.
Menurut mereka, keluarga tidak pernah memberikan persetujuan untuk Anwar menulis kata pengantar atau terlibat dalam apa jua kapasiti berkaitan penerbitan buku tersebut, khususnya susulan kes salah laku yang didakwa melibatkan cucu arwah, Muhammed Yusoff Rawther.
“Arwah SM Mohamed Idris tidak pernah mencari publisiti, sanjungan atau pengiktirafan. Beliau tidak menumpang kuasa politik untuk mengabsahkan perjuangannya.
“Sepanjang hayatnya, beliau menjauhi pentas, gelaran dan kepentingan diri. Tindakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini merupakan satu penyelewengan nyata terhadap prinsip tersebut, memperalatkan nama dan legasi seorang tokoh berprinsip demi kepentingan institusi dan politik semasa,” menurut kenyataan itu pada Selasa.
Mereka turut menegaskan bahawa pelaksanaan majlis berkenaan bukan satu bentuk penghormatan, sebaliknya merupakan perampasan terhadap legasi arwah bapa mereka.
Tambah kenyataan itu, pihak keluarga turut melahirkan kekecewaan apabila poster promosi acara berkenaan memaparkan simbol dan logo inisiatif kerajaan serta kebangsaan seperti ‘Malaysia MADANI’, ‘ASEAN Malaysia 2025’ dan ‘Visit Malaysia 2026’.
Menurut mereka, tindakan CAP mengaitkan legasi Mohamed Idris dengan agenda-agenda kerajaan yang tidak relevan adalah tidak wajar dan mengelirukan.
“Arwah ayah kami tidak pernah dikaitkan dengan inisiatif atau organisasi tersebut. Penggunaan logo-logo ini jelas merupakan satu bentuk komodifikasi dan eksploitasi nama serta jasa beliau bagi mengukuhkan imej politik Anwar,” katanya.
Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan mendapatkan keuntungan politik secara tidak bermoral, yang memberikan gambaran palsu seolah-olah legasi arwah bersetuju atau bersekutu dengan inisiatif semasa yang tidak berkaitan.
Anak-anak arwah turut mendakwa penganjur bukan sahaja gagal menghormati sensitiviti waris, malah memilih untuk menutup mata terhadap ketidakadilan yang sedang dihadapi keluarga mereka.
“Jika CAP benar-benar berpegang kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh salah seorang pengasasnya, CAP seharusnya menegakkan keadilan, bukannya dilihat mendukung individu yang telah mencederakan ahli keluarga kami dan kini melengahkan proses undang-undang yang sedang berjalan.
“Kegagalan berbuat demikian hanya mengesahkan bahawa CAP telah menyimpang jauh daripada prinsip asalnya dan legasi Mohamed Idris kini diperalatkan demi kepentingan politik, bukannya keadilan,” menurut kenyataan itu lagi.
Berita berkaitan
December 16, 2025, 4:46 pm
Jurukimpal dipenjara tiga tahun kendali wang kumpulan Daesh
December 16, 2025, 4:17 pm
KKM haramkan vape 2026
December 16, 2025, 4:05 pm
Rombakan kabinet, PM umum beberapa Menteri baharu
December 16, 2025, 2:55 pm
FAM nafi semua Exco diminta letak jawatan
December 16, 2025, 2:37 pm
Malas, ibu bapa kurang pantau, 3,000 pelajar di Melaka ponteng sekolah setiap hari
December 16, 2025, 2:09 pm
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag pada 24 Januari 2026 - SPR
December 16, 2025, 1:19 pm
