Berita Berita
KKM haramkan vape 2026
JOHOR BAHRU 16 Dis – Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape di negara ini, dengan sasaran pelaksanaan dimuktamadkan selewat-lewatnya menjelang hujung 2026.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan pengharaman vape telah ditetapkan dan kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk dilaksanakan.
“Isunya bukan lagi sama ada kita akan mengharamkan vape atau tidak, tetapi bila. Kita sebenarnya sudah bersedia dan keputusan itu telah dibuat, mungkin pertengahan 2026 atau paling lewat hujung 2026,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja rasmi di Hospital Permai, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr Mohtar Pungut @ Ahmad.
Dzulkefly berkata, meskipun perkara itu belum dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, beliau yakin cadangan pengharaman berkenaan akan dibawa semula untuk pertimbangan pada awal tahun depan.
Menurutnya, antara faktor utama mendorong keputusan tersebut ialah kebimbangan terhadap penyalahgunaan cecair vape yang dicampur bahan terlarang dan bahan sintetik, yang didapati berkait dengan kes psikosis akibat dadah serta masalah kesihatan mental yang serius.
“Kita menerima terlalu banyak laporan mengenai keburukan vape. Terdapat pesakit dirujuk ke Hospital Permai kerana mengalami psikosis akibat penggunaan bahan seperti kanabis sintetik dan bahan terlarang lain, sebahagiannya diambil melalui vape,” katanya.
Berita berkaitan
November 14, 2026, 1:38 am
Ibu ditemukan maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting
November 13, 2026, 10:33 pm
Pijak al-Quran gara-gara berang dikritik netizen, Vikneswaran dipenjara 12 bulan, denda RM250,000
November 13, 2026, 10:04 pm
‘Macam ambil wuduk sebelum solat, ahli Pas wajib undi calon BN, PN’ – Hadi Awang
November 13, 2026, 7:41 pm
UMNO beri DAP empat pilihan, bubar Parlimen jika kerjasama politik berakhir
November 13, 2026, 6:47 pm
Anggota polis ditetak di Kepong tunjuk perkembangan positif, sudah mampu gerakkan jari — Fahmi
November 13, 2026, 6:40 pm
RoS tidak pernah luluskan pendaftaran pertubuhan berkaitan komuniti Rohingya
November 13, 2026, 6:33 pm
JPN Pulau Pinang siasat dakwaan pelajar Tingkatan Lima ditampar guru hingga enggan duduki SPM
November 13, 2026, 6:28 pm
Anak perempuan MB Kedah dirawat di ICU akibat kemalangan, mungkin terlepas peperiksaan SPM
November 13, 2026, 6:12 pm
