Berita Berita
Rombakan kabinet, PM umum beberapa Menteri baharu
PUTRAJAYA 16 Dis– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan beberapa pelantikan dan pertukaran portfolio dalam kabinet sebagai sebahagian daripada penyusunan semula pentadbiran kerajaan.
Antara perubahan utama termasuk pelantikan Akmal Nasrullah Mohamad Nasir sebagai Menteri Ekonomi, manakala Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES). Kedua-dua pelantikan ini menggantikan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletakkan jawatan pada Mei lalu susulan kekalahan mereka dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam perkembangan lain, Hannah Yeoh dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), selepas sebelum ini memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.
Kerajaan turut melantik Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) yang baharu, menggantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz susulan tamat tempoh perkhidmatan senat beliau pada 2 Disember.
Sementara itu, Datuk Seri R. Ramanan dinaikkan pangkat sebagai Menteri penuh dan dilantik menerajui Kementerian Sumber Manusia. Naib Presiden PKR itu mengambil alih portfolio berkenaan daripada Steven Sim, yang kini dilantik sebagai Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.
Ramanan menggantikan Datuk Ewon Benedick, yang meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah.
Kesemua pelantikan ini mencerminkan usaha kerajaan memperkukuh kepimpinan kementerian strategik bagi memastikan kesinambungan dasar, kestabilan pentadbiran serta pelaksanaan agenda pembangunan negara yang lebih berkesan.
Berikut ialah antara senarai menteri dan timbalan menteri baharu Kabinet yang diumumkan:
-
Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilantik sebagai Menteri Ekonomi
-
Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
-
Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
-
Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak)
-
Dr Zulkifli Hasan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
-
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi
-
Datuk Seri R. Ramanan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia
-
Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar
-
Steven Sim dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Sementara itu, bagi jawatan timbalan menteri:
-
Liew Chin Tong dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan
-
Marhamah Rosli dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Berita berkaitan
November 14, 2026, 1:38 am
Ibu ditemukan maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting
November 13, 2026, 10:33 pm
Pijak al-Quran gara-gara berang dikritik netizen, Vikneswaran dipenjara 12 bulan, denda RM250,000
November 13, 2026, 10:04 pm
‘Macam ambil wuduk sebelum solat, ahli Pas wajib undi calon BN, PN’ – Hadi Awang
November 13, 2026, 7:41 pm
UMNO beri DAP empat pilihan, bubar Parlimen jika kerjasama politik berakhir
November 13, 2026, 6:47 pm
Anggota polis ditetak di Kepong tunjuk perkembangan positif, sudah mampu gerakkan jari — Fahmi
November 13, 2026, 6:40 pm
RoS tidak pernah luluskan pendaftaran pertubuhan berkaitan komuniti Rohingya
November 13, 2026, 6:33 pm
JPN Pulau Pinang siasat dakwaan pelajar Tingkatan Lima ditampar guru hingga enggan duduki SPM
November 13, 2026, 6:28 pm
Anak perempuan MB Kedah dirawat di ICU akibat kemalangan, mungkin terlepas peperiksaan SPM
November 13, 2026, 6:12 pm
