Berita Jenayah
Lelaki cuba beli emas guna wang palsu RM30,000 kantoi di Chabang Tiga
KUALA TERENGGANU 19 Dis – Tindakan licik seorang lelaki yang cuba membeli barangan kemas menggunakan wang palsu bernilai kira-kira RM30,000 terbongkar selepas disedari seorang jurujual di sebuah kedai emas di Chabang Tiga, di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.31 petang dan kes disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 3.10 petang apabila seorang lelaki berusia awal 30-an datang bersendirian ke kedai emas berkenaan dengan memakai kopiah putih, cermin mata hitam serta pelitup muka berwarna merah jambu.
“Suspek berurusan untuk membeli beberapa barangan kemas dengan anggaran nilai RM30,000 dan sempat mengambil gambar barangan tersebut kononnya untuk ditunjukkan kepada isterinya.
“Selepas beberapa kali keluar masuk premis, suspek menyatakan hasrat untuk meneruskan pembelian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Azli berkata, ketika jurujual sedang menyediakan resit pembelian, suspek diminta menyerahkan wang tunai untuk tujuan pengiraan sebelum didapati bungkusan wang di dalam plastik kuning itu mencurigakan kerana bahagian tepinya berwarna putih.
Menurutnya, jurujual cuba memeriksa wang berkenaan, namun berlaku tarik-menarik antara kedua-dua pihak sebelum suspek bertindak agresif dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Axia berwarna biru gelap yang diletakkan di hadapan kedai.
“Hasil semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan tersebut adalah palsu.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis terlibat serta kedai berhampiran sedang diperoleh bagi membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini tiada kerugian direkodkan dan laporan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Dalam pada itu, Azli menasihatkan peniaga emas supaya sentiasa berwaspada dengan memeriksa wang tunai yang diterima secara teliti serta segera menghubungi pihak polis sekiranya mengesyaki sebarang transaksi mencurigakan.
“Langkah ini penting bagi mengelakkan peniaga menjadi mangsa sindiket wang palsu yang semakin berani menggunakan pelbagai taktik,” katanya.
Pada Khamis, tular satu video dipercayai rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki melarikan diri dengan menaiki sebuah Perodua Axia di hadapan sebuah kedai emas di Chabang Tiga, selain menunjukkan wang palsu yang didakwa digunakan suspek bertaburan ketika kekecohan berlaku.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
