Berita Berita
Polis siasat pemandu treler 22 tayar himpit kereta di Lebuhraya PLUS
SUNGAI BULOH 26 – Detik cemas dialami seorang pengurus kilang apabila kereta yang dipandunya hampir terlibat kemalangan selepas dihimpit sebuah treler 22 tayar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kilometer (KM) 453 di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, ketika kejadian kira-kira jam 4.15 petang, lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang memandu dari Petaling Jaya menuju ke Country Homes, Rawang.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Hyundai Sonata yang dipandu mangsa di lorong tengah tiba-tiba dihimpit sebuah treler yang menukar laluan dari lorong kanan secara mengejut.
"Treler berkenaan menghimpit kenderaan mangsa di lorong tengah kemudian masuk semula ke lorong kanan dan berhenti secara mengejut di hadapan sebuah kereta lain di lorong kanan.
"Tindakan pemandu treler itu menyebabkan kereta berkenaan memberhentikan kenderaan secara mengejut namun tidak berlaku pelanggaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, akibat insiden berkenaan, kenderaan mangsa mengalami kerosakan selepas bergesel dengan treler terbabit.
Katanya, setakat ini pemandu treler dan pemandu sebuah lagi kereta yang terlibat masih belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan orang awam.
"Kejadian dipercayai berlaku akibat pemanduan tidak berhemah oleh pemandu terbabit," katanya.
Terdahulu, pihak polis mengesan satu video tular berdurasi 50 saat di media sosial yang memaparkan kejadian berkenaan.
Mohd Hafiz turut memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Nizam Othman di talian 017-625 4779.
Berita berkaitan
December 26, 2025, 5:24 pm
Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan membabitkan dana 1MDB RM2.3 bilion
December 26, 2025, 4:56 pm
Najib disabit bersalah guna kedudukan sebagai PM peroleh dana 1MDB RM2.3 bilion
December 26, 2025, 4:02 pm
KPDN Johor siasat pasar raya mini jual minyak masak subsidi melebihi harga kawalan
December 26, 2025, 3:56 pm
Polis buru lelaki tempatan dipercayai dalang pembuatan puluhan bahan letupan di Nilai
December 26, 2025, 3:49 pm
MOTAC, Tourism Malaysia nafi kaitan dengan acara ratu dan jejaka selebriti tular
December 26, 2025, 3:42 pm
10 jajahan di Kelantan berisiko banjir hingga 30 Disember
December 26, 2025, 2:11 pm
Pengurusan 1MDB ikut arahan Jho Low kerana percaya datang daripada Najib – Mahkamah
December 26, 2025, 12:51 pm
Surat derma Arab Najib palsu, Mahkamah Tinggi tolak pembelaan kes 1MDB
December 26, 2025, 12:47 pm
Warga emas, anak lelaki maut terperangkap dalam kebakaran rumah di Sentul
December 26, 2025, 12:44 pm
