Berita Berita
Vijay selamat 'landing' di Kuala Lumpur, teruja pilih Malaysia lancar audio Jana Nayagan
KUALA LUMPUR, 27 Dis - Bintang terkenal industri perfileman selatan India yang kini bergelar ahli politik, Vijay, tiba di Kuala Lumpur semalam menjelang pelancaran audio filem terbaharunya, Jana Nayagan, yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Menurut penganjur, Malik Streams Corporation, pelakon berusia 51 tahun itu berlepas dari Chennai dengan menaiki jet peribadi sebelum mendarat di Subang Skypark pada kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.
Ketibaan Vijay mencuri perhatian ramai dan tular di media sosial menerusi perkongsian di pelbagai platform digital.
“Ketibaan Vijay yang diiringi oleh pengarah muzik filem berkenaan, Anirudh Ravichander, diserikan dengan persembahan tarian tradisional,” menurut penganjur kepada Bernama.
Vijay turut merakamkan penghargaan atas sambutan yang diberikan dan meluangkan masa beramah mesra bersama para penari yang membuat persembahan menyambut kehadirannya.
Sebelum ini, Vijay pernah menyuarakan hasrat untuk mengurangkan penglibatannya dalam bidang lakonan secara berperingkat bagi memberi tumpuan kepada kerjaya politik.
Menjelang acara berkenaan, maklumat berkaitan kehadiran kru produksi filem itu di Malaysia turut dikongsi secara meluas di media sosial, termasuk hantaran memaparkan ketibaan petugas kreatif.
Pelancaran audio Jana Nayagan disifatkan sebagai program hiburan berkonsepkan penghargaan dan dijangka menarik kehadiran puluhan ribu peminat, dengan Stadium Nasional Bukit Jalil mampu menampung kira-kira 85,000 penonton.
Program berkenaan akan berlangsung dalam dua segmen utama, bermula dengan Thalapathy Thiruvizha, iaitu konsert penghargaan yang menampilkan kira-kira 30 penyanyi, sebelum diteruskan dengan pelancaran audio rasmi.
Vijay bersama barisan pelakon dan kru produksi dijadualkan berucap pada segmen pelancaran audio itu.
Beberapa tokoh terkenal industri perfileman Tamil, termasuk pengarah Atlee dan Nelson Dilipkumar, serta pelakon dan pengarah Prabhu Deva, turut berada di Malaysia bagi menghadiri acara berkenaan.
Filem terbitan KVN Productions itu dijadualkan menemui penonton di pawagam mulai 9 Januari 2026.
Berita berkaitan
December 28, 2025, 12:20 pm
Aura Thalapathy Vijay luar biasa, lebih 85,000 peminat banjiri Bukit Jalil
December 28, 2025, 11:43 am
Anwar: Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar dan kepercayaan rakyat
December 28, 2025, 11:37 am
Lelaki cedera dipukul guna pengunci stereng akibat salah faham di jalan raya
December 28, 2025, 11:31 am
Menteri Besar Perlis baharu angkat sumpah hari ini
December 28, 2025, 11:26 am
Polis cari wanita hilang di Bandar Sungai Long
December 28, 2025, 11:20 am
Gegaran gempa bumi kecil dirasai di Bukit Kepong, Felda Sri Ledang dan Lenga
December 28, 2025, 11:16 am
Gegaran gempa bumi lemah di Bukit Kepong terkawal
December 27, 2025, 7:46 am
Bas ekspres terbabas di PLUS Johor Bahru, empat cedera
December 27, 2025, 7:31 am
