Berita Berita
12 individu ditahan susulan kes merusuh di Pasar Awam Melor
KOTA BHARU 27 Dis – Polis menahan lima lelaki dan tujuh wanita dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Pasar Awam Melor di sini, yang berlaku pada Khamis.
Kesemua individu berusia lingkungan 20-an hingga lewat 50-an itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang wanita berusia 19 tahun yang mendakwa dirinya telah dikasari oleh seorang wanita lain berusia sekitar 20-an.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 petang dan turut membabitkan ahli keluarga pengadu serta suspek.
“Punca kejadian masih dalam siasatan dan pergaduhan berkenaan telah berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, akibat kejadian itu, pengadu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam.
Tambah Mohd Rosdi, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi permohonan reman untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi lima minit 21 saat di media sosial Facebook yang memaparkan pergaduhan melibatkan beberapa wanita di Pasar Awam Melor, sekali gus mencetuskan perhatian orang ramai.
Berita berkaitan
December 28, 2025, 12:20 pm
Aura Thalapathy Vijay luar biasa, lebih 85,000 peminat banjiri Bukit Jalil
December 28, 2025, 11:43 am
Anwar: Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar dan kepercayaan rakyat
December 28, 2025, 11:37 am
Lelaki cedera dipukul guna pengunci stereng akibat salah faham di jalan raya
December 28, 2025, 11:31 am
Menteri Besar Perlis baharu angkat sumpah hari ini
December 28, 2025, 11:26 am
Polis cari wanita hilang di Bandar Sungai Long
December 28, 2025, 11:20 am
Gegaran gempa bumi kecil dirasai di Bukit Kepong, Felda Sri Ledang dan Lenga
December 28, 2025, 11:16 am
Gegaran gempa bumi lemah di Bukit Kepong terkawal
December 27, 2025, 7:46 am
Bas ekspres terbabas di PLUS Johor Bahru, empat cedera
December 27, 2025, 1:22 am
