Berita Berita
Gegaran gempa bumi kecil dirasai di Bukit Kepong, Felda Sri Ledang dan Lenga
MUAR 28 Dis – Gegaran gempa bumi kecil dilaporkan berlaku di Bukit Kepong pada pagi Ahad, dengan gegaran turut dirasai penduduk di sekitar Felda Sri Ledang dan Felda Lenga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan.
Menurut beliau, gegaran tersebut dapat dirasai oleh penduduk di beberapa kawasan dalam DUN Bukit Kepong.
“Ia benar, gempa bumi kecil telah berlaku di kawasan DUN Bukit Kepong dan gegaran dirasai di sekitar Felda Sri Ledang serta Felda Lenga. Semoga ALLAH SWT melindungi semua penduduk,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Bekas Menteri Besar Johor itu turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi kira-kira satu minit yang memaparkan keadaan di sebuah kedai runcit di Felda Sri Ledang ketika gegaran berlaku.
Rakaman tersebut menunjukkan pergerakan dan gegaran jelas pada saat ke-24, menyebabkan penghuni rumah kedai keluar bagi meninjau punca kejadian.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku di sekitar Bukit Kepong, Pagoh pada jam 8.55 pagi Ahad.
Menurut MetMalaysia, gempa tersebut dikesan pada koordinat 2.4° Utara dan 102.7° Timur, kira-kira 16 kilometer barat daya Pagoh, dengan kedalaman 10 kilometer serta tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Berita berkaitan
December 28, 2025, 12:20 pm
Aura Thalapathy Vijay luar biasa, lebih 85,000 peminat banjiri Bukit Jalil
December 28, 2025, 11:43 am
Anwar: Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar dan kepercayaan rakyat
December 28, 2025, 11:37 am
Lelaki cedera dipukul guna pengunci stereng akibat salah faham di jalan raya
December 28, 2025, 11:31 am
Menteri Besar Perlis baharu angkat sumpah hari ini
December 28, 2025, 11:26 am
Polis cari wanita hilang di Bandar Sungai Long
December 28, 2025, 11:16 am
Gegaran gempa bumi lemah di Bukit Kepong terkawal
December 27, 2025, 7:46 am
Bas ekspres terbabas di PLUS Johor Bahru, empat cedera
December 27, 2025, 7:31 am
12 individu ditahan susulan kes merusuh di Pasar Awam Melor
December 27, 2025, 1:22 am
