TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Menteri Besar Perlis baharu angkat sumpah hari ini

By
|
Kongsi
image

ARAU 28 Dis – Menteri Besar Perlis yang baharu dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di Istana Arau, di sini, hari ini.

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah berkenaan dijangka berlangsung pada jam 1 tengah hari.

Antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar ialah Muhammad Azmir Azizan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Santan dan Asrul Aimran Abd. Jalil (Kayang), kedua-duanya daripada Pas.

Sementara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan mencalonkan Abu Bakar Hamzah, wakil rakyat DUN Kuala Perlis, bagi mengisi jawatan tertinggi pentadbiran negeri itu.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa nama calon Menteri Besar Perlis telah dikemukakan kepada pihak istana bagi menggantikan Mohd. Shukri Ramli yang mengumumkan peletakan jawatan secara sukarela pada Khamis lalu atas faktor kesihatan.

Terdahulu, timbul spekulasi mengenai pertukaran Menteri Besar selepas lapan ADUN daripada Pas dan Bersatu didakwa menghantar akuan berkanun kepada pihak istana susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ADUN Sanglang itu.

+ - reset