Berita Berita
Polis cari wanita hilang di Bandar Sungai Long
KAJANG 28 Dis – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu di kawasan Bandar Sungai Long, di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan pada Khamis kira-kira jam 9.11 malam.
Menurut beliau, individu yang hilang dikenali sebagai Shirly anak Sumping, 21, berbangsa Iban dan dipercayai kali terakhir dilihat sekitar jam 5 petang Rabu lalu di No. 28, Jalan SL 7/4, Bandar Sungai Long.
Katanya, mangsa berbadan gempal dengan ketinggian kira-kira 155 sentimeter, berat sekitar 60 kilogram serta berambut pendek paras bahu.
“Ketika kali terakhir dilihat, mangsa dipercayai memakai baju T-shirt berwarna merah jambu dan seluar pendek berwarna coklat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222.
Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Diana Ismail di talian 011-1097 5165.
Berita berkaitan
December 28, 2025, 12:20 pm
Aura Thalapathy Vijay luar biasa, lebih 85,000 peminat banjiri Bukit Jalil
December 28, 2025, 11:43 am
Anwar: Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar dan kepercayaan rakyat
December 28, 2025, 11:37 am
Lelaki cedera dipukul guna pengunci stereng akibat salah faham di jalan raya
December 28, 2025, 11:31 am
Menteri Besar Perlis baharu angkat sumpah hari ini
December 28, 2025, 11:20 am
Gegaran gempa bumi kecil dirasai di Bukit Kepong, Felda Sri Ledang dan Lenga
December 28, 2025, 11:16 am
Gegaran gempa bumi lemah di Bukit Kepong terkawal
December 27, 2025, 7:46 am
Bas ekspres terbabas di PLUS Johor Bahru, empat cedera
December 27, 2025, 7:31 am
12 individu ditahan susulan kes merusuh di Pasar Awam Melor
December 27, 2025, 1:22 am
