Berita Santai
Rose Blackpink dinobat wanita tercantik dunia
WASHINGTON 30 Dis – Penyanyi kumpulan sensasi K-pop, Blackpink, Rose dinobatkan sebagai wanita tercantik dunia bagi tahun 2025 menerusi senarai tahunan 100 Most Beautiful Faces yang dikeluarkan organisasi pengkritik bebas, TC Candler.
Menurut laporan ChannelNewsAsia, Rose mencatat peningkatan enam anak tangga berbanding tahun lalu, sekali gus menandakan tahun ketujuh berturut-turut beliau tersenarai dalam kedudukan berprestij itu.
Kejayaan Rose turut disusuli pencapaian rakan sepasukan dalam Blackpink apabila Kim Jisoo berada di tangga ke-11, Lalisa Manobal di kedudukan ke-22 dan Jennie Kim di tempat ke-46.
Bagi senarai sama, pelakon Amerika Syarikat, Sydney Sweeney menduduki tempat kedua, manakala penyanyi Thailand, Pharita daripada kumpulan K-pop Babymonster berada di tangga ketiga.
Sementara itu, dua lagi pelakon terkenal Hollywood, Zendaya dan Margot Robbie masing-masing berada di kedudukan ke-23 dan ke-83.
Dalam kategori 100 Most Handsome Faces, penyanyi dan pelakon China, Zhang Zhehan menduduki tempat teratas, diikuti aktor kelahiran Australia, Jacob Elordi di tempat kedua dan pelakon Singapura, Ayden Sng di tangga ketiga.
TC Candler dikenali sebagai antara senarai kecantikan paling berpengaruh di dunia kerana menggunakan piawaian estetik bebas dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, selain menerbitkan penilaian tahunan itu sejak 1990.
Berita berkaitan
July 20, 2026, 6:38 pm
100 tahun Piala Dunia - Edisi 2030 bakal jadi lebih menarik
July 16, 2026, 3:12 pm
Hari Ini 81 tahun lepas, letupan nuklear pertama dunia dijalankan di New Mexico
July 16, 2026, 3:07 pm
57 tahun lalu hari Ini - Apollo 11 Dilancarkan, langkah pertama manusia menuju Bulan
July 15, 2026, 9:53 pm
4 maskot Sukan SEA Malaysia dari dulu hingga kini, setiap satu ada cerita tersendiri
July 10, 2026, 4:08 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad - Seabad lebih perjalanan tokoh politik negara
July 9, 2026, 8:09 pm
Lebih 4 dekad selepas dilancarkan, Proton Saga kekal simbol kebanggaan negara
March 17, 2026, 4:08 pm
