TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan MADANI tegas perangi rasuah, tidak gentar ugutan kawan atau lawan - Anwar

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 31 Dis - Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi dalam memerangi rasuah dan menolak sebarang bentuk ugutan, tanpa mengira datang daripada pihak kawan mahupun lawan politik.

Perdana Menteri berkata, tindakan tegas akan terus diambil demi memastikan kepentingan negara terpelihara, selain membolehkan wang yang diselamatkan digunakan untuk membela nasib rakyat.

"Saya baru menghadap Yang di-Pertuan Agong dan antara tema utama dipersembahkan ialah mengenai langkah tegas kebelakangan ini serta mutakhir ini terhadap rasuah yang menular pada peringkat atasan.

"Saya tentunya menyampaikan maklumat terkini... menekankan bahawa kita tidak akan bertolak ansur, tidak akan menerima apa-apa ugutan daripada mana-mana pihak, dan kita akan tegas menghadapi masalah ini sama ada kawan atau lawan," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Menurut Anwar, Kerajaan MADANI sejak awal telah meletakkan isu tatakelola dan pembanterasan rasuah sebagai antara dasar teras pentadbiran.

Namun, beliau mengakui masih terdapat kes yang melibatkan kelemahan dalam aspek berkenaan.

"Masih ada saki-baki yang terperangkap dengan kerangka dan pola budaya lama yang bobrok.

"Malah, beberapa tindakan sudah diambil yang turut membabitkan anggota pentadbiran, termasuk di pejabat saya, juga rakan dari parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, angkatan tentera dan penjawat awam," katanya.

+ - reset