Berita Berita
Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
SEREMBAN 30 Dis – Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan menyaksikan perubahan kepimpinan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN negeri itu berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Mohamad Hanifah dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikannya sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia, justeru keputusan berkenaan dibuat selaras dengan struktur dan tatakelola gabungan tersebut.
“Saya mengambil maklum bahawa pelantikan saya sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia.
“Sehubungan itu, saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026,” katanya.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab serta bagi menghormati prinsip hierarki dan pengurusan organisasi PN.
Mengulas lanjut, Mohamad Hanifah yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan, rakan parti, jentera serta penyokong PN di negeri itu atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh kepimpinannya.
Peletakan jawatan tersebut dibuat susulan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN di peringkat pusat sebelum ini.
Berita berkaitan
December 30, 2025, 4:28 pm
Kompaun hingga RM2,000 mulai 1 Januari jika buang sampah, meludah di tempat awam
December 30, 2025, 4:13 pm
Ismail Ayob calon BN bagi PRK Dun Lamag
December 30, 2025, 4:11 pm
SIRAT Global Forum 2026 bakal himpun komuniti perniagaan India Muslim pada 23 hingga 25 Januari 2026
December 30, 2025, 3:17 pm
PAS tidak sertai EXCO baharu Perlis tanda solidariti, sedia lepaskan jawatan masing-masing
December 30, 2025, 2:44 pm
Polis bongkar 16 kes pecah masuk pejabat kerajaan di Johor didalangi pemandu lori ais
December 30, 2025, 2:27 pm
Mujahid tarik balik saman terhadap Takiyuddin, tamatkan pertikaian
December 30, 2025, 2:21 pm
PN kekal di Perlis walaupun kepimpinan pusat letak jawatan
December 30, 2025, 2:17 pm
Sarah Nabihah hilang sejak Jumaat, polis minta bantuan orang ramai
December 30, 2025, 1:23 pm
