TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SIRAT Global Forum 2026 bakal himpun komuniti perniagaan India Muslim pada 23 hingga 25 Januari 2026

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 Dis – SIRAT Global Forum 2026 bersiap sedia menjadi platform bersejarah yang menyatukan komuniti perniagaan Muslim bertutur Tamil dari seluruh dunia, dengan fokus memperkukuh identiti, memperluas peluang perniagaan, dan memacu kemajuan kolektif melalui kolaborasi serta inovasi.

Forum utama ini dijadual berlangsung dari 23 hingga 25 Januari 2026 di Pusat Konvesyen Bank Rakyat, Kuala Lumpur, dan dijangka menarik pemimpin industri, usahawan, profesional serta golongan muda dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Amerika Syarikat, India serta negara-negara lain.

Tema utama forum, “Connecting Roots, Creating Future”, mencerminkan aspirasi untuk mengukuhkan akar budaya dan agama sambil membuka ruang kerjasama merentas sempadan bagi membina perniagaan berskala global.

Program SIRAT Global Forum 2026 dirangka sebagai satu siri sesi strategik yang meliputi beberapa topik utama, termasuk ucapan utama daripada tokoh perniagaan global yang memaparkan pandangan penggiat industri berpengaruh, ekonomi dan perdagangan global dengan tumpuan kepada trend pasaran dunia serta akses modal. 

Bukan itu sahaja, forum itu juga akan menumpukan keusahawanan dan pertumbuhan usahawan dengan strategi mengembangkan perniagaan dalam pasaran moden, kewangan Islam dan pelaburan berasaskan model pembiayaan beretika dan patuh syariah.

Tidak ketinggalan, pendidikan dan peluang pekerjaan melalui inisiatif membuka ruang pendidikan dan kerjaya, pembangunan sosial yang menekankan program inklusi serta sokongan komuniti, dan inovasi serta startup dengan fokus pada teknologi dan model perniagaan masa depan.

Antara tokoh yang dijangka hadir termasuk Dato' Hj Abdul Hamid PV Abdu, Presiden Malaysian Indian Muslim Chamber of Commerce & Industry, Datuk Wira Shahul Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif Green Packet Berhad, serta pemimpin korporat dari UAE dan Malaysia

Selain sesi perbincangan, forum ini turut menampilkan majlis sambutan, acara jaringan perniagaan, Gala Dinner, serta satu malam eksklusif bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membincangkan kepimpinan, legasi dan masa depan komuniti Muslim bertutur Tamil di pentas global.

Menurut penganjur, objektif utama SIRAT Global Forum adalah untuk memperkukuh identiti budaya dan agama komuniti Muslim bertutur Tamil, membuka peluang perniagaan silang sempadan, serta menggalakkan kerjasama strategik dan inovasi perniagaan global.

“Forum ini bukan sekadar platform pertemuan, ia adalah titik permulaan legasi jangka panjang bagi generasi usahawan dan profesional muda Muslim Tamil di seluruh dunia,” kata jurucakap penganjur.

Dengan barisan pembentang terkemuka dan agenda komprehensif yang dirangka, SIRAT Global Forum 2026 dijangka meninggalkan impak signifikan dalam landskap perniagaan global, khususnya dalam memperkukuh jaringan ekonomi dan sosial komuniti Muslim bertutur Tamil. - Media Telus

+ - reset