Berita Berita
Kerani didenda RM2,000 acu kayu hoki dalam insiden pergaduhan jalan raya
BUKIT MERTAJAM 31 Dis – Seorang kerani didenda RM2,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memprovokasi seorang lelaki menggunakan kayu hoki dalam satu insiden pergaduhan jalan raya.
Tertuduh, Mohd Zakhri Ahmad, 44, mengaku bersalah di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memprovokasi Muhammad Furqan Mohd Fuad, 27, dengan mengacukan kayu hoki ketika berlaku pertengkaran di Jalan Sungai Derhaka, pada petang 25 Disember lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana melakukan penghinaan dengan niat mencetuskan pelanggaran keamanan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Percubaan Norfirdaus Azimi Roslan yang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh merayu agar denda minimum dikenakan dengan mengambil kira pendapatan tertuduh sebanyak RM2,500 sebulan serta tanggungjawab menyara isteri dan enam anak.
Peguam itu turut memaklumkan tertuduh menyesal atas perbuatannya, berjanji tidak akan mengulanginya serta pengakuan bersalah awal telah menjimatkan masa mahkamah.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 ke atas tertuduh.
Kes berkenaan menjadi perhatian selepas rakaman video pertengkaran antara kedua-dua pemandu terbabit tular di media sosial.
Berita berkaitan
December 31, 2025, 2:43 pm
Guru mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap dua murid
December 31, 2025, 2:30 pm
Tukang rumah maut motosikal langgar lori buat pusingan U di Jalan Lintas
December 31, 2025, 2:01 pm
Agong terima menghadap Ketua Polis Negara, dibentang taklimat keselamatan
December 31, 2025, 1:41 pm
Tiada unsur pengkhianatan Bersatu dalam krisis MB Perlis, kata pemimpin Pas
December 31, 2025, 1:33 pm
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika mengecat rumah
December 31, 2025, 1:26 pm
DBKL giat kerja pembersihan, persiapan sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 dan Festival ‘I LITE U’
December 31, 2025, 1:12 pm
Kekeliruan cuti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan terjawab
December 31, 2025, 1:08 pm
Mohd Puad dakwa Gobind tersilap tafsir reformasi berkait kes 1MDB
December 31, 2025, 1:01 pm
