Berita Berita
Kekeliruan cuti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan terjawab
KUALA LUMPUR 31 Dis - Kekeliruan dalam kalangan pekerja sektor swasta berhubung cuti umum sempena Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada hari sama, Ahad 1 Februari depan, akhirnya terjawab.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mewartakan kedua-dua sambutan tersebut sebagai hari kelepasan am.
Menurut JTKSM, Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti wajib yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, selaras dengan peruntukan Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan tidak boleh diganti.
“Memandangkan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari Ahad, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan pekerja hendaklah memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Isnin,” menurut kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, berhubung cuti Hari Thaipusam, JTKSM menjelaskan majikan yang memilih perayaan berkenaan sebagai sebahagian daripada enam hari kelepasan am pilihan di bawah Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265 perlu memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Selasa, berikutan pertindihan kedua-dua cuti umum tersebut.
Tambahnya, majikan juga boleh memberikan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan bergaji bagi menggantikan cuti tersebut dengan persetujuan pekerja, seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 60D(1A).
“Pekerja yang diarahkan bekerja pada hari kelepasan am pula layak menerima bayaran gaji mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu.
Berita berkaitan
December 31, 2025, 2:43 pm
Guru mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap dua murid
December 31, 2025, 2:30 pm
Tukang rumah maut motosikal langgar lori buat pusingan U di Jalan Lintas
December 31, 2025, 2:01 pm
Agong terima menghadap Ketua Polis Negara, dibentang taklimat keselamatan
December 31, 2025, 1:41 pm
Tiada unsur pengkhianatan Bersatu dalam krisis MB Perlis, kata pemimpin Pas
December 31, 2025, 1:33 pm
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika mengecat rumah
December 31, 2025, 1:26 pm
DBKL giat kerja pembersihan, persiapan sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 dan Festival ‘I LITE U’
December 31, 2025, 1:08 pm
Mohd Puad dakwa Gobind tersilap tafsir reformasi berkait kes 1MDB
December 31, 2025, 1:01 pm
Tahun baharu 2026 lembaran penting perkukuh semangat Malaysia MADANI – Ramanan
December 31, 2025, 12:56 pm
