Berita Berita
Tahun baharu 2026 lembaran penting perkukuh semangat Malaysia MADANI – Ramanan
KUALA LUMPUR 31 Dis – Tahun Baharu 2026 disifatkan sebagai lembaran penting buat seluruh rakyat Malaysia dalam memperbaharui azam dan tekad bagi membina sebuah negara yang sejahtera serta makmur berteraskan Semangat Malaysia MADANI.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, kedatangan tahun baharu bukan sekadar membawa harapan baharu, sebaliknya menjadi ruang muhasabah terhadap perjalanan dan pencapaian negara.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, tahun 2026 turut menuntut tanggungjawab bersama untuk melangkah lebih jauh dalam agenda pembangunan nasional yang inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan.
Menurut Ramanan, komitmen kerajaan untuk memperkukuh pembangunan modal insan akan terus menjadi keutamaan, khususnya melibatkan kebajikan pekerja, penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, peningkatan kemahiran serta perlindungan sosial yang menyeluruh.
“Ia penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, dengan setiap dasar dan inisiatif digerakkan berlandaskan prinsip keadilan sosial, keterangkuman dan kemanusiaan selaras dengan kerangka Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus memastikan tiada mana-mana komuniti tercicir daripada arus pembangunan negara.
Beliau turut menegaskan komuniti India merupakan sebahagian penting daripada kemajmukan dan sejarah pembinaan negara, justeru hal ehwal komuniti tersebut akan terus diberi perhatian melalui pendekatan yang lebih menyeluruh, bersasar dan berimpak tinggi.
Katanya, fokus akan diberikan terhadap aspek sosioekonomi, pendidikan, kemahiran serta peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup komuniti berkenaan.
“Keinklusifan Malaysia MADANI merangkumi kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran semua kaum di Malaysia.
“Sehubungan itu, usaha memperkukuh hubungan antara kerajaan, majikan, pekerja dan masyarakat akan terus dipertingkatkan bagi membina ekosistem pekerjaan yang mampan, progresif dan berdaya tahan,” katanya.
Ramanan turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melangkah ke tahun 2026 dengan semangat kebersamaan, menolak perpecahan serta memperkukuh perpaduan demi masa depan negara yang lebih sejahtera, makmur dan harmoni.
“Selamat Tahun Baharu 2026. Saya mendoakan tahun ini membawa kejayaan yang lebih gemilang untuk semua,” katanya.
Berita berkaitan
December 31, 2025, 2:43 pm
Guru mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap dua murid
December 31, 2025, 2:30 pm
Tukang rumah maut motosikal langgar lori buat pusingan U di Jalan Lintas
December 31, 2025, 2:01 pm
Agong terima menghadap Ketua Polis Negara, dibentang taklimat keselamatan
December 31, 2025, 1:41 pm
Tiada unsur pengkhianatan Bersatu dalam krisis MB Perlis, kata pemimpin Pas
December 31, 2025, 1:33 pm
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika mengecat rumah
December 31, 2025, 1:26 pm
DBKL giat kerja pembersihan, persiapan sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 dan Festival ‘I LITE U’
December 31, 2025, 1:12 pm
Kekeliruan cuti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan terjawab
December 31, 2025, 1:08 pm
Mohd Puad dakwa Gobind tersilap tafsir reformasi berkait kes 1MDB
December 31, 2025, 12:56 pm
