Berita Ekonomi
Malaysia yakin raih pelaburan, eksport bernilai RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025 di Osaka

KUALA LUMPUR 20 Jun - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz menyatakan keyakinannya terhadap Malaysia untuk meraih potensi pelaburan dan eksport bernilai RM13 bilion menerusi penyertaan di Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun.
Beliau berkata Malaysia turut merancang untuk memanfaatkan jumlah pengunjung yang besar dijangkakan seramai 28.2 juta pelawat.
Pada 2021, Malaysia mencatatkan perdagangan dan pelaburan bernilai RM8.3 bilion di Ekspo Dunia Dubai, menarik 5,000 pemimpin perniagaan ke pavilionnya yang mengetengahkan 400 syarikat Malaysia, katanya.
“Miti berbangga dan bertuah untuk menerajui penyertaan Malaysia di ekspo itu.
“Ini memberi peluang unik kepada Malaysia untuk mempamerkan komitmen kita yang tidak berbelah bahagi kepada pembangunan mampan, reformasi perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif di samping memupuk masyarakat yang makmur,” katanya semasa melancarkan penyertaan Malaysia bagi ekspo itu di sini, pada Khamis, lapor BERNAMA.
Tengku Zafrul berkata Malaysia memilih tema ‘Weaving a Future in Harmony’ untuk mencerminkan komitmen negara terhadap kerjasama, perpaduan dalam kepelbagaian dan kesalinghubungan masyarakat.
Pavilion Malaysia akan mengetengahkan kemajuan dalam pertanian mampan, peralihan tenaga, kehidupan pintar, pembuatan canggih, pengurusan alam sekitar dan pelancongan hijau, katanya.
“Kita mahu menunjukkan cara Malaysia menangani cabaran global secara inovatif untuk menyumbang kepada kesejahteraan bumi ini dan memupuk masa depan yang mampan, harmoni dan saksama untuk semua,” katanya.
Semasa ekspo dari 13 April hingga 13 Oktober, 2025 itu, satu siri minggu bertema di tapak, pameran dan dialog akan dianjurkan di pavilion Malaysia untuk menjadi pemangkin kepada perubahan positif.
“Kita berusaha untuk menempa perkongsian ke arah dunia yang lebih mampan dan saksama, disokong oleh dasar utama seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Rangka Kerja Industri ESG Nasional,” katanya.
Sebanyak 161 negara dan sembilan pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka setakat ini.
#EKONOMI #PELABURAN #MALAYSIA
Berita berkaitan
July 18, 2025, 2:46 pm
Zambia tarik minat pelabur global, 2 syarikat Malaysia ikat perjanjian bernilai USD4 juta
July 18, 2025, 12:33 pm
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.5 peratus pada suku kedua 2025
July 15, 2025, 3:43 pm
Delegasi Malaysia teroka peluang ekonomi berkembang di Zambia
July 1, 2025, 12:41 pm
BNM dijangka turunkan OPR 25 mata asas separuh kedua 2025 – HLIB
June 30, 2025, 6:25 pm
ASB 3 didik umum agihan pendapatan 5.25 sen seunit, libatkan RM423 juta
June 23, 2025, 11:07 am
Harga minyak melonjak susulan serangan AS ke atas Iran, cetus kebimbangan bekalan global
June 19, 2025, 2:46 pm
IMCJF terima 400 pertanyaan, 6 pelaburan disahkan dalam tempoh lima bulan
June 17, 2025, 3:54 pm
Kerajaan dahulukan rasionalisasi subsidi RON95 sebelum laksana cukai karbon – Amir Hamzah
June 17, 2025, 10:50 am