Berita Dunia
10 motosikal terlibat kemalangan di Causeway Johor–Singapura
SINGAPURA 6 Jan – Sekurang-kurangnya 10 buah motosikal terlibat dalam satu kemalangan di laluan Johor–Singapura Causeway semalam, mengakibatkan beberapa kenderaan terbalik dan lorong motosikal terhalang sepenuhnya.
Menurut laporan portal Must Share News, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi di laluan menghala ke Singapura.
Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan beberapa motosikal bertindih di atas jalan sehingga menyebabkan gangguan pergerakan trafik di lorong motosikal.
Seorang penunggang motosikal yang terlibat mendakwa kemalangan berpunca apabila seorang penunggang di hadapan terjatuh gerudi elektrik yang dibawanya ke atas jalan.
Penunggang berkenaan dilaporkan memberhentikan motosikal di tengah laluan sebelum turun untuk mengambil peralatan tersebut, menyebabkan penunggang lain di belakang tidak sempat mengelak lalu berlanggar.
Akibat kejadian itu, sekurang-kurangnya 10 motosikal terlibat dan terbalik.
“Empat penunggang cedera dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata individu yang memuat naik rakaman kejadian berkenaan.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:47 am
Iran umum Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas serangan baharu AS
June 10, 2026, 9:44 pm
Kontraktor Colombia didakwa terlibat sokong RSF dalam konflik Sudan - HRW
June 10, 2026, 6:26 pm
Harga runcit petrol RON95, diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 11 hingga 17 Jun 2026
June 5, 2026, 2:48 pm
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
June 4, 2026, 8:56 am
Korban wabak campak di Bangladesh cecah 601 nyawa, lebih 83,000 kes direkodkan
May 18, 2026, 5:19 pm
