Berita Ekonomi
Penyasaran subsidi tak jejas harga rumah mampu milik

KUALA LUMPUR 20 Jun – Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel tidak menjejaskan harga rumah mampu milik apabila aset hartanah itu kekal berharga RM300,000 ke bawah.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu berkata hal ini kerana pemantauan berkesan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya tiada pihak yang sewenang-wenangnya menaikkan harga atau kos khidmat pengurusan.
“Harga rumah setakat ini tiada kenaikan apa-apa. Rumah mampu milik (harga) masih kekal bawah RM300,000,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Ibadah Korban Sentuhan Kasih Parlimen Sepang bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2024 di sini hari ini.
Aiman Athirah berkata kerajaan juga memberi jaminan bahawa harga barangan bagi sektor pembinaan tidak akan terkesan berikutan ia dalam kawalan. - Media Telus
#SUBSIDI #DIESEL #RUMAHMAMPUMILIK
Berita berkaitan
July 18, 2025, 2:46 pm
Zambia tarik minat pelabur global, 2 syarikat Malaysia ikat perjanjian bernilai USD4 juta
July 18, 2025, 12:33 pm
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.5 peratus pada suku kedua 2025
July 15, 2025, 3:43 pm
Delegasi Malaysia teroka peluang ekonomi berkembang di Zambia
July 1, 2025, 12:41 pm
BNM dijangka turunkan OPR 25 mata asas separuh kedua 2025 – HLIB
June 30, 2025, 6:25 pm
ASB 3 didik umum agihan pendapatan 5.25 sen seunit, libatkan RM423 juta
June 23, 2025, 11:07 am
Harga minyak melonjak susulan serangan AS ke atas Iran, cetus kebimbangan bekalan global
June 19, 2025, 2:46 pm
IMCJF terima 400 pertanyaan, 6 pelaburan disahkan dalam tempoh lima bulan
June 17, 2025, 3:54 pm
Kerajaan dahulukan rasionalisasi subsidi RON95 sebelum laksana cukai karbon – Amir Hamzah
June 17, 2025, 10:50 am