Berita Berita
Konstabel disyaki tampar penunggang motosikal dipanggil bertugas bantu operasi trafik
JOHOR BAHRU 13 Jan – Anggota polis berpangkat konstabel yang disyaki menampar seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak berhampiran Taman Perling, di sini, kelmarin, dipanggil bertugas bagi membantu operasi walaupun sedang bercuti pada hari kejadian.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, anggota berusia lingkungan 20-an itu dipanggil bertugas susulan kekangan keperluan keanggotaan.
Menurut beliau, berdasarkan rekod, konstabel terbabit diarahkan membantu satu operasi trafik dikenali sebagai Ops Motosikal yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.
“Operasi itu bertujuan membanteras aktiviti merempit di kawasan berkenaan dan anggota tersebut adalah antara yang ditugaskan membantu operasi.
“Ketika kejadian, anggota itu cuba menahan motosikal yang ditunggang mangsa yang dipercayai cuba melarikan diri dan berkemungkinan tindakan spontan berlaku sehingga tercetus insiden menampar,” katanya pada sidang media, hari ini.
Mengulas lanjut, Ab Rahaman berkata laporan polis pertama dibuat oleh pihak polis sendiri selepas video memaparkan kejadian itu tular di media sosial, sebelum laporan rasmi turut diterima daripada mangsa pada malam kejadian.
Menurutnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.
“Kita akan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Bahagian Perundangan Bukit Aman dan seterusnya kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
“Setakat ini, seramai empat individu termasuk saksi dan anggota polis terlibat telah dirakam keterangan, manakala beberapa saksi lain akan dipanggil.
“Pihak polis juga sedang mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya.
Ditanya mengenai status tugas anggota berkenaan, Ab Rahaman memaklumkan bahawa konstabel terbabit tidak digantung tugas dan tidak ditahan reman.
“Anggota itu masih menjalankan tugas seperti biasa, namun tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang tugas operasi sehingga siasatan selesai.
“Kita mempunyai prosedur dan peraturan tertentu sebelum seseorang anggota digantung tugas, lazimnya selepas terdapat keterangan kukuh untuk pendakwaan,” katanya.
Anggota polis berkenaan dilaporkan mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2022.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
