TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KDN nafi imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu tular di media sosial

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 13 Jan – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu yang tular di media sosial adalah tidak rasmi serta bukan dikeluarkan oleh kementerian itu.

Menurut KDN, rekaan visual berkenaan tidak sahih dan sama sekali tidak menggambarkan reka bentuk sebenar pasport atau MyKad baharu seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

“KDN ingin menegaskan bahawa segala maklumat rasmi berkaitan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan pasport serta MyKad baharu hanya akan diumumkan menerusi saluran komunikasi rasmi kementerian dari semasa ke semasa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan berautoriti bagi memastikan ketepatan serta kesahihan sesuatu maklumat,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah membuat pengumuman rasmi mengenai perancangan pelaksanaan pasport dan MyKad baharu pada tahun ini dalam satu sidang media yang diadakan pada 8 Januari lalu.

Sebarang maklumat rasmi dan perkembangan terkini berkaitan perkara tersebut boleh diperoleh melalui saluran media rasmi serta laman sesawang KDN, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan iaitu www.moha.gov.my (KDN), www.imi.gov.my (Jabatan Imigresen Malaysia) dan www.jpn.gov.my (Jabatan Pendaftaran Negara).

+ - reset