Berita Berita
Hotel didakwa ‘gay friendly’ di Melaka tutup sementara operasi
MELAKA 13 Jan – Sebuah hotel di negeri ini yang dipercayai dikaitkan dengan konsep ‘gay friendly’ (mesra gay) telah mengeluarkan notis penutupan sementara operasinya.
Perkara itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin menerusi satu hantaran di media sosial hari ini bersama foto notis penutupan yang ditampal di premis berkenaan.
Menurut notis tersebut, pihak pengurusan hotel memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul susulan penutupan sementara itu dan memaklumkan bahawa rujukan dalam talian berkaitan hotel berkenaan tidak mencerminkan polisi, nilai serta standard operasi sebenar premis.
“Laman web yang berkait dengan rujukan tersebut telah ditutup. Hotel ini beroperasi mengikut undang-undang, peraturan serta norma budaya tempatan. Sebarang aktiviti yang bertentangan dengan prinsip tersebut adalah tidak dibenarkan di premis hotel,” menurut kenyataan dalam notis itu.
Pihak pengurusan turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa sekiranya sebarang siasatan dijalankan berhubung isu berkenaan.
“Pihak pengurusan kesal atas sebarang salah faham yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kefahaman terhadap situasi ini,” katanya.
Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial Thread yang mendakwa kewujudan sebuah hotel berkonsepkan ‘gay friendly’ di Melaka, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Hantaran tersebut dimuat naik oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, yang membangkitkan persoalan mengenai trend penjenamaan perniagaan menggunakan label ‘friendly’ seperti pet-friendly, family-friendly, Muslim-friendly dan kini gay-friendly.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
