Berita Berita
Ahmad Zahid sahkan sudah bertemu Akmal Saleh
KUALA LUMPUR 13 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, pertemuan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu membabitkan penyampaian pesanan dan nasihat untuk dipertimbangkan oleh Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.
Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) enggan mendedahkan perincian perbincangan bersama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu.
“Pertemuan sudah berlangsung. Saya ada memberikan nasihat terbaik dan Dr Muhamad Akmal akan mengumumkan hasil perbincangan tersebut esok,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Ahmad Zahid mengakui belum dimaklumkan mengenai sebarang keputusan dibuat oleh Dr Muhamad Akmal, meskipun desas-desus mengenai kemungkinan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO semakin kencang sejak minggu lalu.
Semalam, Dr Muhamad Akmal dilaporkan menyatakan kesediaannya untuk akur dengan keputusan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini.
Beliau turut menegaskan bahawa kedua-dua pimpinan itu sebelum ini memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN), selain melantiknya sebagai anggota Exco kerajaan negeri Melaka.
Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan tersebut susulan kenyataannya yang menggesa UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan, yang menerima reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
