Berita Berita
Tiada lagi ternak babi secara tradisional di Selangor, MB jamin selesai masalah sungai tercemar di Bukit Tagar
SHAH ALAM 13 Jan - Penternakan babi secara tradisional di Selangor akan ditamatkan sepenuhnya dan digantikan dengan sistem moden sebaik pusat penternakan baharu di Bukit Tagar, Hulu Selangor mula beroperasi pada tahun hadapan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kaedah penternakan tradisional terbukti menjadi punca pencemaran bau serta kualiti air sungai sebelum ini.
“Di tempat baharu di Bukit Tagar, kita akan pastikan pencemaran sungai tidak lagi berlaku. Selagi pengurusan tradisional ini tidak ditamatkan, selagi itulah masalah pencemaran akan berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Selangor dan Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Amirudin berkata, pelaksanaan penternakan moden yang telah diamalkan di beberapa negara membuktikan aktiviti tersebut boleh dijalankan tanpa menimbulkan isu pencemaran, sekali gus menjadi penyelesaian jangka panjang kepada masalah berlarutan di negeri ini.
“Saya ingin tegaskan, jumlah ternakan babi di Bukit Tagar hanya mencukupi untuk keperluan dalam negeri dan bukan untuk tujuan eksport.
“Data awal Jabatan Perkhidmatan Veterinar menunjukkan terdapat kira-kira 100,000 ekor babi diternak di Selangor ketika ini, iaitu sekitar 30 peratus daripada keperluan negeri,” jelasnya.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
