Berita Berita
Akmal Saleh luah isi hati kepada Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR 13 Jan – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan bahawa segala isi hati dan hasratnya telah disampaikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Muhamad Akmal berkata, perkara itu diluahkan ketika pertemuan beliau dengan Ahmad Zahid pada Selasa.
“Isi hati dan hasrat telah saya luahkan sebentar tadi. Terima kasih Datuk Seri Zahid Hamidi atas nasihat dan kesudian mendengar.
“Insya-ALLAH, moga ini yang terbaik untuk perjuangan agama, bangsa, tanah air dan UMNO,” katanya.
Sebelum ini, Ahmad Zahid mengesahkan pertemuan tersebut telah berlangsung, namun enggan memperincikan hasil perbincangan dan memaklumkan Dr Muhamad Akmal akan membuat pengumuman lanjut hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan yang disandangnya susulan gesaan beliau supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan yang menerima reaksi negatif daripada kepimpinan parti.
Dr Muhamad Akmal kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
