Berita Berita
Tak sempat hadiri kursus, CEO syarikat, dua pekerja maut MPV dinaiki bertembung van di Gua Musang
GUA MUSANG 13 Jan - Perjalanan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pengangkutan dan pembekalan bahan api bersama tiga pekerjanya ke ibu negara berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Gua Musang–Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu, CEO syarikat berkenaan, Nik Razizi Nik Rahim, 55, bersama dua pekerjanya, Mohamed Saiful Kamaruzaman, 33, dan Nik Azmi Nik Othman, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketiga-tiga mangsa menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena. Pemandu kenderaan berkenaan, Nik Mohd Faizol Nik Abd Aziz, 42, yang juga pembantu am atau pengisi minyak syarikat tersebut, terselamat namun mengalami kecederaan pada kaki, paha dan kepala.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu kursus.
“Setibanya di lokasi kejadian, MPV berkenaan dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah van jenis Toyota Hiace.
“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu van tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, perlanggaran itu menyebabkan MPV berkenaan berpusing sebelum merempuh tembok batu penghadang jalan di sebelah kiri laluan menghala ke Gua Musang.
Katanya, tiga penumpang MPV disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu van Toyota Hiace, Mohammad Ridhwan Mohd Zawawi, 27, mengalami patah tangan dan kaki.
“Seorang penumpang van tersebut, Hasuzi Abdullah, 48, pula mengalami pendarahan dalam otak,” katanya.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
Berita berkaitan
January 13, 2026, 7:41 pm
Akmal Saleh luah isi hati kepada Ahmad Zahid
January 13, 2026, 7:34 pm
Najib kembali ke Mahkamah Tinggi bela diri dalam saman sivil SRC RM42 juta
January 13, 2026, 5:22 pm
Ahmad Zahid sahkan sudah bertemu Akmal Saleh
January 13, 2026, 5:15 pm
Hotel didakwa ‘gay friendly’ di Melaka tutup sementara operasi
January 13, 2026, 5:10 pm
KDN nafi imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu tular di media sosial
January 13, 2026, 5:06 pm
MCMC bakal ambil tindakan undang-undang terhadap X dan xAI berhubung isu keselamatan Grok
January 13, 2026, 5:00 pm
Konstabel disyaki tampar penunggang motosikal dipanggil bertugas bantu operasi trafik
January 13, 2026, 2:39 pm
