Berita Berita
Pelajar lepasan tahfiz tercicir tanpa SPM, perlu laluan khas ke universiti
KUALA LUMPUR 14 Jan - Ketiadaan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikenal pasti sebagai punca utama sebahagian besar pelajar lepasan institusi agama swasta termasuk maahad tahfiz dan pondok gagal melanjutkan pengajian ke universiti awam.
Perkara itu didedahkan tokoh pendidikan yang juga Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, sambil menegaskan keperluan langkah proaktif bagi memastikan pelajar lepasan agama yang berpotensi tidak terus tercicir daripada sistem pendidikan arus perdana.
Beliau berkata, kebimbangan mengenai keciciran pelajar lepasan institusi agama swasta semakin meningkat susulan trend ibu bapa yang kini lebih cenderung menghantar anak-anak ke aliran pendidikan agama.
Malah, katanya, ketika ini terdapat sebanyak 1,540 institusi agama di seluruh negara dengan anggaran jumlah pelajar sekitar 79,000 orang.
"Isunya sebahagian besar pelajar di sekolah agama swasta ini tak ambil SPM, ada dua sebab, pertama, visi dan misi utama maahad tahfiz adalah untuk lahirkan huffaz, kedua, kekurangan dana.
"Pelajar ini misalnya tak mampu biayai guru tuisyen untuk ambil SPM, mungkin bagi subjek bahasa Melayu, sejarah, pendidikan agama Islam, boleh baca buku tanpa guru, tetapi subjek seperti bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, khidmat guru amat diperlukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Memperkasa Pendidikan Melayu di Hotel Seri Pacific, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Pengerusi Sekretariat Konvensyen Memperkasa Pendidikan Melayu, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Sehubungan itu, Alimuddin yang juga bekas Ketua Pengarah Pendidikan menyarankan agar Kementerian Pendidikan Tinggi menyediakan program khas bagi membuka laluan kemasukan pelajar lepasan institusi agama ke universiti.
"Adalah dicadangkan semua institusi pendidikan tinggi awam sediakan program khas atau 'foundation' bagi pelajar lepasan hafiz dan pondok.
"Di akhir pengajian, mereka boleh dinilai dan jika keputusannya baik, akan diserap ke (pendidikan) arus perdana.
"Ini membolehkan peluang diberikan kepada lebih 2,000 lulusan tahfiz dan pondok setiap tahun melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi," katanya.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
