Berita Berita
Penulis blog Murray Hunter tarik balik artikel fitnah, mohon maaf kepada MCMC
KUALA LUMPUR 14 Jan - Penulis blog warga Australia, Murray Victor Hunter, menarik balik sepenuhnya beberapa artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas mencapai penyelesaian bersama agensi berkenaan.
Hunter yang berpangkalan di Thailand mengakui penerbitan artikel berkaitan MCMC dan petugasnya adalah tidak tepat, mengelirukan serta telah menimbulkan salah faham.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau melahirkan rasa kesal dan memohon maaf sekiranya kandungan artikel berkenaan menyebabkan sebarang kemudaratan, selain mengesahkan semua artikel yang disenaraikan dalam Jadual 2 dan 3 Perjanjian Penyelesaian telah ditarik balik sepenuhnya.
"MCMC dan saya telah berbincang serta mencapai persefahaman menerusi satu Perjanjian Penyelesaian. Saya mengakui komen dan artikel saya mengenai MCMC dan pihak berkaitannya boleh ditafsirkan sebagai tidak tepat, mengelirukan serta telah menimbulkan salah faham.
"Sehubungan dengan itu, saya memohon maaf dan melahirkan rasa kesal sekiranya tindakan sedemikian telah menyebabkan sebarang kerugian kepada MCMC atau pihak-pihak berkaitan, dan dengan ini saya menarik sepenuhnya semua komen serta artikel terbabit. Senarai komen dan artikel berkenaan seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2 dan 3 Perjanjian Penyelesaian dengan MCMC dilampirkan bersama," katanya.
Artikel terbabit diterbitkan antara April hingga November 2024 menerusi beberapa platform termasuk laman Substack milik Hunter, Eurasia Review serta X (dahulu dikenali sebagai Twitter), yang mengandungi dakwaan terhadap MCMC.
Penyelesaian itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Oktober 2025 yang mendapati Hunter bertanggungjawab atas fitnah, sekali gus menegaskan bahawa kebebasan bersuara bukanlah hak mutlak dan perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab.
Sebelum ini, MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan mahkamah berkenaan menjadi peringatan penting bahawa hak untuk menyuarakan pendapat tidak boleh dijadikan alasan untuk membuat kenyataan palsu, berniat jahat atau berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasi pihak lain.
Menurut kenyataan sama, laporan polis turut dibuat di Malaysia dan Thailand pada April serta Jun 2024 berhubung penerbitan artikel oleh Hunter.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
