Berita Berita
Glamping with pride: Tidak kompromi usaha normalisasi LGBT, jelas langgar undang-undang
PUTRAJAYA 14 Jan - Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang usaha menormalisasi budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini memandangkan ia jelas merupakan satu kesalahan di bawah undan- undang sedia ada.
Menterinya, Dr. Zulkifli Hasan berkata, pelanggaran undang-undang itu termasuk peruntukan Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 25 serta Kanun Keseksaan Seksyen 377A, 377B, 377C dan 377D yang memperuntukkan kesalahan berkaitan seks luar tabii.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik pembatalan penganjuran acara songsang ‘Glamping With Pride’.
“Sepertimana yang telah ditegaskan sedari awal, pihak kami tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang usaha menormalisasi budaya LGBT di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Selain itu, katanya, pihaknya juga menjunjung kasih Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj atas keprihatinan baginda dan mengucapkan tahniah pada polis Jabatan Agama Islam Negeri Selangor atas tindakan pantas dan tegas.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan tentangan dan bantahan keras terhadap sebarang aktiviti songsang melibatkan LGBT dengan menitahkan agar tindakan tegas diambil terhadap sebarang aktiviti melibatkan golongan itu.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
