Berita Berita
Imigresen gempur koloni haram PATI lengkap surau, bilik selesa di lebuhraya NPE
KUALA LUMPUR 14 Jan – Di sebalik kesibukan laluan utama Lebuhraya Pantai Baru (NPE) berhampiran Jalan Klang Lama, tersembunyi sebuah koloni haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan dianggap ‘kebal’ oleh penghuninya.
Penempatan terbabit yang dilengkapi surau, bilik tidur selesa serta bekalan elektrik dan air yang dicuri itu akhirnya diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam satu operasi awal pagi tadi.
Serbuan bermula kira-kira jam 2.30 pagi selepas risikan selama seminggu dan memuncak sekitar jam 3 pagi, sekali gus mematahkan dakwaan penghuni bahawa kawasan berkenaan tidak pernah disentuh pihak berkuasa sejak sekian lama.
Lebih mengejutkan, koloni haram itu turut beroperasi dengan sistem ‘tuan rumah’ sendiri yang bertindak mengutip sewa bulanan daripada penghuni lain.
Seorang penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Herman, berusia lingkungan 30-an, mendakwa sudah menetap di situ bersama isteri dan anaknya sejak setahun lalu.
“Saya bayar sewa bilik RM350 sebulan kepada ‘tuan rumah’ di sebelah ini, dia pun warga Indonesia.
“Sepanjang duduk di sini memang tak pernah kena serbu,” katanya ketika ditemui.
Tinjauan mendapati penempatan haram itu dibina secara tersusun, dengan setiap struktur menempatkan sekurang-kurangnya lima bilik, selain dilengkapi dapur, tandas dan ruang tamu yang dihubungkan melalui laluan sempit.
Namun, ketenangan itu bertukar kecoh sebaik kehadiran pasukan penguat kuasa disedari, apabila penghuni bertempiaran melarikan diri bagi mengelak ditahan.
Ada yang bertindak agresif dengan memanjat bumbung, menyorok di ruang sempit di belakang pintu dan tandas, malah ada yang mengunci diri di dalam bilik.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, seramai 71 individu ditahan dalam operasi berkenaan membabitkan 37 lelaki dan 34 wanita.
Menurutnya, majoriti yang ditahan adalah warga Indonesia iaitu seramai 66 orang, diikuti tiga warga Myanmar serta masing-masing seorang warga India dan Pakistan.
“Siasatan awal mendapati mereka melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
