Berita Berita
Pelajar perempuan terpelanting dirempuh motosikal gara-gara melintas tak tengok jalan di Kajang
KAJANG 14 Jan – Seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun mengalami kecederaan ringan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah motosikal di Jalan Cheras, hadapan Kajang Plaza Medical Centre (KPMC), di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.40 petang dan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun dengan seorang pejalan kaki.
Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal yang bekerja sebagai pekerja swasta dipercayai telah melanggar pelajar terbabit yang melintas secara tiba-tiba di laluan motosikal berkenaan.
“Akibat pelanggaran itu, pejalan kaki mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki kanan, manakala penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd. Zakria di talian 012-326 8496,” katanya.
Ujarnya, pihak polis menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
