Berita Berita
Anwar titip doa kesejahteraan buat Sultan Brunei
KUALA LUMPUR 14 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa serta ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.
Menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu, Anwar berkata beliau menerima perkhabaran mengenai rawatan yang bakal dijalani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah.
“Mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT.
“Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri Brunei dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
