Berita Berita
Ahmad Zahid yakin sokongan akar umbi kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU-16
KUALA LUMPUR 14 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin keputusan parti untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) menerima sokongan padu daripada akar umbi.
Menurut beliau, pendirian tersebut bukan dibuat atas kapasiti peribadi, sebaliknya merupakan keputusan rasmi parti yang telah dimuktamadkan melalui Mesyuarat Biro Politik, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tiga tahun lalu.
Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan perlu terus diperkukuh dengan sokongan bukan sahaja daripada ahli parti, malah Ahli Parlimen UMNO sendiri.
“Saya tidak meragukannya (sokongan akar umbi). Ini bukan soal pendirian saya, tetapi pendirian parti yang dibawa ke Mesyuarat Biro Politik, MKT dan PAU.
“Saya berpegang teguh kepada pendirian itu. Kerajaan Perpaduan mesti diperkukuh dengan sokongan ahli parti dan Ahli Parlimen UMNO,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Mengulas kemungkinan UMNO bertanding secara solo pada PRU-16, Ahmad Zahid berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat menjelang pilihan raya.
Menurutnya, walaupun UMNO memilih untuk bertanding secara bersendirian, ia tidak bermakna parti itu menolak sebarang bentuk kerjasama dengan parti lain berdasarkan garis panduan tertentu.
“Penubuhan kerajaan selepas PRU-16 bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi serta kekuatan sokongan kepada calon UMNO,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan UMNO menyasarkan untuk bertanding di lebih 30 kerusi Parlimen pada PRU-16, termasuk di kawasan ‘tier dua’ yang menyaksikan parti itu memperoleh undian kedua tertinggi sebelum ini.
“Bukan sahaja 30 kerusi yang kami sasar untuk menang, malah kerusi ‘tier dua’ yang kami kalah tetapi memperoleh undi kedua tertinggi juga akan diberi perhatian,” katanya.
Ditanya sama ada sasaran itu merangkumi kerusi yang dimenangi Bersatu, Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut bergantung kepada analisis data secara menyeluruh bagi setiap kerusi.
“Kita perlu membuat analisis terperinci terlebih dahulu,” katanya.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
