Berita Berita
Warga emas ditemukan meninggal dunia jatuh skuter elektrik di Sabak Bernam
SHAH ALAM 15 Jan - Seorang lelaki warga emas ditemui tidak bernyawa di tepi Jalan Parit 4 Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, dengan sebuah motosikal elektrik berada di sisinya dalam kejadian kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada jam 11.46 malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 67 tahun dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
“Ketika ditemui, motosikal elektrik berada berhampiran mangsa dan pemeriksaan mendapati barangan peribadi seperti dompet serta telefon bimbit yang disimpan dalam beg silang masih berada bersama mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Md Yusof berkata, pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang kecederaan yang berunsur jenayah.
“Mangsa hanya mengalami luka di tangan kiri yang disyaki akibat terjatuh daripada motosikal elektrik berkenaan,” katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
