Berita Berita
Pekerja tapak projek gempar jumpa bom lama seberat 227kg di Jasin
JASIN 15 Jan – Pekerja kontrak yang menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah di tapak projek Golden Valley, Kampung Air Panas, Bemban, di sini gempar apabila menemui sebutir bom lama petang semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan objek disyaki bom itu pada jam 3 petang daripada seorang lelaki berusia 52 tahun yang bekerja di tapak berkenaan.
Menurut beliau, pengadu memaklumkan objek mencurigakan itu ditemui ketika kerja-kerja mengorek tanah sedang dijalankan.
“Susulan laporan diterima, pegawai dan anggota Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Hasil pemeriksaan awal mengesahkan objek tersebut adalah bom lama jenis aerial bomb seberat 500 paun atau kira-kira 227 kilogram, dengan ukur lilit antara 27 hingga 36 sentimeter serta panjang kira-kira 1.14 meter.
Lee berkata, bom berkenaan dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua dan didapati masih aktif walaupun berada dalam keadaan berkarat.
“Bom tersebut dijadualkan untuk dimusnahkan pagi ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan orang awam dan kawasan sekitar,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sepanjang proses pemusnahan bom dijalankan.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
