Berita Berita
Kes dakwaan kecuaian IUCD di Klinik Kesihatan Pekan Nanas disiasat
JOHOR BAHRU 15 Jan – Jabatan Kesihatan Johor sedang menyiasat dakwaan kecuaian perubatan membabitkan seorang doktor di Klinik Kesihatan Pekan Nanas yang didakwa menyebabkan rahim seorang wanita bocor serta usus dan apendiksnya pecah ketika prosedur pemasangan alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD).
Jabatan Kesihatan Johor memaklumkan, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah memulakan siasatan selepas menerima aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada 23 Disember lalu.
Menurut kenyataan itu, pesakit berkenaan menjalani prosedur pemasangan IUCD di klinik tersebut pada 19 Disember sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan lanjut susulan komplikasi yang dialami.
“Jabatan Kesihatan Johor memandang serius insiden ini. Satu jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan bagi meneliti perkara ini secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan dapatan siasatan.
“Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketidakpatuhan atau amalan yang menjejaskan keselamatan pesakit serta kualiti perkhidmatan kesihatan,” katanya.
Menurut laporan, wanita berkenaan mendakwa mengalami kesakitan perut ketika prosedur IUCD dijalankan, namun pegawai perubatan yang bertugas memaklumkan keadaan itu adalah normal.
Dalam perkembangan berkaitan, satu laporan polis turut dibuat terhadap doktor terbabit atas dakwaan kecuaian perubatan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
