Berita Berita
Dua beradik dicekup KPDN simpan 250 liter petrol guna tangki ubah suai
TUMPAT 15 Jan – Tindakan dua beradik wanita melakukan pengisian minyak petrol secara berulang di sebuah stesen minyak di daerah ini membawa padah apabila mereka ditahan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam Ops Gempur Barang Kawalan, Rabu.
Timbalan Pengarah KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 1.57 tengah hari selepas pasukan penguat kuasa mengesan sebuah kereta Proton Wira melakukan pengisian petrol secara mencurigakan berulang kali.
Menurutnya, hasil risikan membawa kepada tindakan mengekori kenderaan itu sehingga ke Kampung Jubakar Darat sebelum pemeriksaan dilakukan.
“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dipandu seorang wanita berusia 33 tahun bersama adiknya berusia 23 tahun.
“Pemeriksaan lanjut menemukan lima tong jerikin disyaki berisi petrol di dalam but kereta selain sebuah tangki minyak yang dipercayai telah diubah suai dan diperbesarkan bagi tujuan penyimpanan petrol,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Aswadi berkata, pihaknya menyita kenderaan terbabit berserta kunci, kira-kira 125 liter petrol dalam lima tong jerikin serta tambahan 125 liter petrol daripada tangki ubah suai, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak 250 liter.
Katanya, kedua-dua wanita terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan telah ditahan mengikut peruntukan akta yang sama.
“KPDN Kelantan memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan kerana tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi,” katanya.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
