Berita Berita
Tiga rentung dalam kebakaran besar babit empat kilang di Banting
SHAH ALAM 15 Jan - Tragedi kebakaran besar yang melanda kawasan perindustrian Kampung Olak Lempit, Banting, Kuala Langat malam tadi meragut tiga nyawa apabila kesemua mangsa ditemui rentung selepas api berjaya dikawal.
Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba ketika kerja-kerja overhaul dijalankan susulan kebakaran yang membabitkan empat buah kilang di kawasan berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, setakat ini identiti ketiga-tiga mangsa masih belum dikenal pasti.
“Semasa proses overhaul, bomba menemui tiga mangsa yang rentung di Klang A iaitu kilang memproses sisa minyak,” katanya hari ini sambil memaklumkan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.11 pagi dengan kira-kira 80 peratus api dipadamkan.
Ahmad Mukhlis berkata, dua daripada empat kilang yang terbabit terbakar 100 peratus iaitu kilang memproses sisa minyak dan kilang bahan polimer, kedua-duanya diklasifikasikan sebagai bangunan kelas B.
“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 malam tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting digerakkan ke lokasi sejauh 12.7 kilometer, sebelum tiba pada jam 10.22 malam.
“Ketika operasi pemadaman dijalankan, berlaku letupan di dalam kilang terbabit. Secara keseluruhan, empat kilang terlibat dengan dua kilang terbakar sepenuhnya, sebuah kilang minyak terpakai terbakar kira-kira lima peratus dan sebuah lagi kilang terbakar satu peratus,” katanya.
Operasi memadam kebakaran melibatkan lebih 70 pegawai dan anggota daripada BBP Banting dengan bantuan BBP KLIA, BBP Dengkil, BBP Cyberjaya, BBP Bangi, BBP Petaling Jaya, BBP Presint 7 Putrajaya, BBP Nilai serta Pasukan Bomba Sukarela Sri Serdang dan Rantau Panjang.
Katanya, operasi turut dibantu jentera FRT, lori tangki air serta dua ambulans, selain kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
