Berita Jenayah
Terima tiga laporan polis, polis sahkan bekas wartawan FMT ditahan
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung penularan rakaman video melibatkan seorang wartawan Free Malaysia Today (FMT) dalam satu wacana terbuka berkaitan isu Palestin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Menurut beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Setakat ini, sebanyak tiga laporan polis telah diterima berkaitan isu sama, sekali gus mencerminkan kegusaran orang awam terhadap insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, suspek ditahan pada 17 Januari 2026 kira-kira jam 12 tengah malam bagi membantu siasatan lanjut.
Kumar menegaskan PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang berunsur hasutan dan berpotensi menimbulkan permusuhan dalam kalangan masyarakat.
“PDRM akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang dipercayai menimbulkan hasutan serta menggugat keharmonian awam,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan atau kandungan sama ada di ruang awam mahupun di media sosial.
Berita berkaitan
September 17, 2026, 1:44 pm
Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
