Berita Berita
Bapa saudara ditahan pukul anak buah guna rotan, baling kerusi
PETALING JAYA 18 Jan – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan polis selepas dipercayai memukul anak saudaranya menggunakan rotan serta membaling kerusi dalam satu kejadian di sebuah rumah di daerah ini, baru-baru ini.
Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 35 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak dipukul dan dibaling dengan kerusi, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang warga tempatan kira-kira jam 1.21 petang semalam.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah dalam daerah Petaling Jaya dan suspek dikenal pasti sebagai bapa saudara kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 11 tahun itu dipercayai bertindak melawan ibu kepada suspek ketika berada di lokasi sama, sebelum kejadian kekerasan tersebut berlaku.
“Turut tular satu rakaman video berdurasi 35 saat di media sosial yang memaparkan kanak-kanak itu dipukul menggunakan rotan dan dibaling dengan kerusi,” katanya.
Mengulas lanjut, Shamsudin memaklumkan suspek ditahan pada hari kejadian dan polis turut merampas beberapa barang kes bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat atau bersifat spekulasi di media sosial.
“Saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222, atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Irfan Emir Mohd Alwi di talian 016-537 9507,” katanya.
Berita berkaitan
January 18, 2026, 11:45 am
Samun awal pagi: Remaja kejar suspek hingga motosikal terbabas
January 18, 2026, 11:33 am
Dua maut rentung dalam kebakaran kuarters pekerja di Miri
January 18, 2026, 11:24 am
Solat Hajat Perdana Demi Najib 3.0 simbol solidariti tuntut keadilan
January 18, 2026, 11:18 am
Nuh Travel urus tiket dan penginapan keluarga Allahyarhamah Nadia Kesuma di Jeddah
January 18, 2026, 6:08 am
Tanda tanya terjawab, Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
