Berita Berita
Khairul Aming dirawat akibat keletihan dan dehidrasi selepas bertemu ribuan peminat
PETALING JAYA 22 Jan – Perkongsian ringkas personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai apabila beliau memuat naik sekeping gambar sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Menerusi perkongsian tersebut, Khairul Aming memaklumkan bahawa beliau mengalami masalah kesihatan dipercayai berpunca daripada keletihan melampau dan dehidrasi selepas menjalani aktiviti padat.
Menurutnya, keadaan itu berlaku selepas beliau bergambar bersama kira-kira 7,000 pelanggan dalam satu sesi bertemu peminat.
“Lepas bergambar dengan 7,000 pelanggan, doktor suruh minum air banyak-banyak. ‘Dehydration’. Tapi semuanya okay sahaja, cuma kena cukup rehat. Jangan lupa minum air semua,” katanya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan kesihatan Khairul Aming serta mengingatkan kepentingan menjaga kesihatan, terutamanya ketika menjalani jadual kerja yang padat.
Khairul Aming bagaimanapun memberi jaminan keadaannya stabil dan hanya memerlukan rehat mencukupi sebelum kembali meneruskan aktiviti seperti biasa.
Berita berkaitan
January 22, 2026, 3:32 pm
Beberapa kementerian dalam radar SPRM babit ketirisan perolehan - Azam Baki
January 22, 2026, 3:22 pm
SPRM tahan 'Tan Sri' disyaki scam duit pelabur lebih RM300 juta
January 22, 2026, 2:29 pm
'143 negara dah lama laksana Tahun Satu pada usia enam tahun' - Nurul Izzah
January 22, 2026, 2:18 pm
PN terus berteka-teki mengenai pelantikan pengerusi baharu
January 22, 2026, 2:09 pm
Lelaki menyamar polis ditahan, ugut remaja di Batu Berendam
January 22, 2026, 2:01 pm
Penjawat awam mula terima kenaikan gaji Fasa Kedua SSPA bermula hari ini
January 22, 2026, 1:36 pm
Kemasukan Tahun 1 usia enam tahun bukan 'eksperimen' - Fadhlina
January 22, 2026, 12:22 pm
Pelajar UiTM perkasa literasi komunikasi murid luar bandar menerusi program PR Cilik
January 22, 2026, 12:07 pm
Inkues Zara Qairina: Jumpa bukti baharu, mahkamah panggil semula bekas ketua warden
January 22, 2026, 12:06 pm
