Berita Berita
Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka mulai 29 Januari
KUALA LUMPUR 22 Jan – Permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) melalui sistem UPUOnline bagi sesi akademik 2026/2027 akan dibuka mulai 29 Januari hingga 23 Mac ini bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta fasa pertama lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, fasa kedua permohonan bagi lepasan STPM atau setaraf pula akan dibuka dari 13 April hingga 15 Mei 2026.
Menurut kenyataan itu, permohonan membabitkan kemasukan ke program sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda di 20 universiti awam (UA), 36 politeknik serta 106 kolej komuniti termasuk dua institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh negara.
“Permohonan terbuka kepada lepasan SPM dan STPM atau setaraf bagi semua program pengajian pada fasa permohonan lepasan SPM dan fasa pertama lepasan STPM atau setaraf.
“Bagaimanapun, bagi fasa kedua lepasan STPM atau setaraf, hanya program pengajian yang tidak memerlukan temu duga dan/atau ujian sahaja akan ditawarkan,” katanya.
KPT turut memaklumkan pembelian nombor pin UPUOnline boleh dibuat mulai 28 Januari menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.60 termasuk caj perkhidmatan.
“Pembelian boleh dilakukan di 387 kaunter cawangan BSN, 843 mesin juruwang automatik (ATM) BSN serta melalui perbankan internet myBSN.
“Calon akan menerima nombor pin UPUOnline berserta resit pembayaran dan dinasihatkan menyimpan slip berkenaan sebagai bukti pembelian,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, KPT menggalakkan calon yang layak memohon kemasukan ke 363 program pengajian bagi lepasan SPM dan 1,146 program pengajian bagi lepasan STPM atau setaraf yang ditawarkan oleh UA, politeknik, kolej komuniti serta institusi MARA di seluruh negara.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan UPUOnline boleh diajukan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi di Putrajaya atau menghubungi talian 03-8684 2363 serta e-mel upu@mohe.gov.my.
Berita berkaitan
January 22, 2026, 3:32 pm
Beberapa kementerian dalam radar SPRM babit ketirisan perolehan - Azam Baki
January 22, 2026, 3:22 pm
SPRM tahan 'Tan Sri' disyaki scam duit pelabur lebih RM300 juta
January 22, 2026, 2:29 pm
'143 negara dah lama laksana Tahun Satu pada usia enam tahun' - Nurul Izzah
January 22, 2026, 2:18 pm
PN terus berteka-teki mengenai pelantikan pengerusi baharu
January 22, 2026, 2:09 pm
Lelaki menyamar polis ditahan, ugut remaja di Batu Berendam
January 22, 2026, 2:01 pm
Penjawat awam mula terima kenaikan gaji Fasa Kedua SSPA bermula hari ini
January 22, 2026, 1:36 pm
Kemasukan Tahun 1 usia enam tahun bukan 'eksperimen' - Fadhlina
January 22, 2026, 12:22 pm
Pelajar UiTM perkasa literasi komunikasi murid luar bandar menerusi program PR Cilik
January 22, 2026, 12:07 pm
Inkues Zara Qairina: Jumpa bukti baharu, mahkamah panggil semula bekas ketua warden
January 22, 2026, 12:06 pm
