Berita Berita
Pegawai kanan ATM mengaku tidak bersalah pecah amanah RM5 juta
KUALA LUMPUR 30 Jan – Seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) berjumlah RM5 juta, dipercayai berlaku tiga tahun lalu.
Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Datuk Mohamed Fauzi Kamis, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
“Faham dengan pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan,” kata Mohamed Fauzi.
Mengikut pertuduhan, Mohamed Fauzi yang ketika itu berjawatan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT, telah diamanahkan wang berjumlah RM5 juta milik TKAT dalam sebuah akaun bank.
Bagaimanapun, tertuduh didakwa telah melakukan pecah amanah apabila secara tidak jujur menyalahgunakan wang berkenaan dengan membuat pelaburan tambahan ke dalam sebuah syarikat tanpa mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kementah di sini pada 27 November 2023 dan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan, dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Berikutan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How menawarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun, peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar memohon agar jaminan tersebut dikurangkan kepada RM70,000 dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga termasuk tiga orang anak.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Suzana membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 16 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Untuk rekod, pegawai kanan ATM berpangkat Mejar Jeneral itu aktif dalam operasi strategik termasuk menyempurnakan pelepasan pasukan bantuan kemanusiaan Hospital Medan Malaysia ke Myanmar pada April tahun lalu.
Beliau yang dilantik sebagai Panglima 1 Divisyen Infantri Tentera Darat Malaysia (TDM) pada Disember 2023, turut berpengalaman dalam operasi taktikal dan pengurusan anggota ATM.
Berita berkaitan
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 6:36 pm
Hanya 30 ladang ternakan babi masih beroperasi di Tanjung Sepat
January 30, 2026, 4:01 pm
Polis panggil tujuh saksi bantu siasatan kes budak 2 tahun maut tertinggal dalam kereta di Seremban
January 30, 2026, 3:42 pm
Wanita beri alasan beli makanan sebelum lari tinggalkan anak dengan jiran di Semenyih
January 30, 2026, 3:22 pm
