TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki didakwa rogol remaja bawah umur di tepi jalan di Kuala Pilah

By
|
Kongsi
image

 

SEREMBAN 30 Jan – Seorang pekerja kafe berdepan pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur apabila dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Abu Suffian Hashim, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rogol terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan.

Kesalahan itu didakwa berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan laluan masuk Taman Bahagia Delima di Kuala Pilah pada Mei 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memaklumkan bahawa hubungan antara tertuduh dan mangsa adalah sebagai rakan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberikan jaminan dengan jumlah paling minimum.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan supaya melaporkan diri di balai polis berdekatan sehingga kes selesai dan tidak mengganggu saksi.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Mac depan bagi serahan dokumen.

 

+ - reset