Berita Berita
Makin banyak panggilan kecemasan palsu, Bomba bimbang jejas kecekapan operasi
PUTRAJAYA 30 Jan - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi amaran bahawa peningkatan mendadak panggilan kecemasan palsu sejak beberapa tahun kebelakangan ini berpotensi menjejaskan tahap kesiapsiagaan serta keselamatan awam.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata sebanyak 141 panggilan palsu direkodkan pada 2023, meningkat kepada 196 panggilan pada 2024 dan terus melonjak kepada 255 panggilan pada tahun lepas.
"Setiap panggilan yang diterima, kami akan memberi respons sebaiknya dan ada terjadi bila anggota sudah separuh jalan untuk ke lokasi kejadian, baru pemanggil itu beritahu itu hanya panggilan palsu, dan ada juga kes apabila anggota tiba di lokasi, kejadian yang didakwa itu tidak berlaku pun.
"Perkara ini mendatangkan kerugian dari segi masa, logistik dan kewangan, tetapi yang paling kita khuatir ialah semasa kita pergi ke kawasan yang disebabkan panggilan palsu, kita buka lompang perlindungan apabila jentera dan anggota digerakkan ke lokasi yang jauh dari kawasan liputan utama," katanya kepada media selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2026 JBPM di sini hari ini.
Nor Hisham berkata situasi itu menyebabkan kawasan berhampiran balai bomba berada tanpa perlindungan, dan sekiranya berlaku kecemasan sebenar, bantuan terpaksa diperoleh daripada balai lain, sekali gus mengganggu keberkesanan tindak balas kecemasan.
Beliau berkata JBPM akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Komunikasi bagi mencari penyelesaian berkesan untuk mengurangkan jumlah panggilan palsu.
Selain itu, sebagai langkah mitigasi, beliau berkata JBPM memberi penekanan kepada komunikasi awal yang lebih berkesan antara pegawai bilik kawalan dan pemanggil bagi mendapatkan maklumat terperinci sebelum respons penuh digerakkan.
"Dalam keadaan tertentu, pegawai akan membuat pertimbangan wajar sama ada perlu menggerakkan jentera atau menghantar pegawai penilai terlebih dahulu.
"Cara komunikasi di bilik kawalan amat penting kerana apa yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak mungkin merupakan kecemasan sebenar bagi orang lain," katanya.
Berita berkaitan
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 6:36 pm
Hanya 30 ladang ternakan babi masih beroperasi di Tanjung Sepat
January 30, 2026, 4:01 pm
Polis panggil tujuh saksi bantu siasatan kes budak 2 tahun maut tertinggal dalam kereta di Seremban
January 30, 2026, 3:42 pm
Wanita beri alasan beli makanan sebelum lari tinggalkan anak dengan jiran di Semenyih
January 30, 2026, 3:22 pm
