Berita Berita
Johor peruntuk RM17 juta sempena Tahun Baharu 2026
BATU PAHAT 9 Feb – Kerajaan Negeri Johor mengumumkan peruntukan kira-kira RM17 juta untuk dimanfaatkan oleh masyarakat di negeri berkenaan sebagai ‘hadiah’ sempena sambutan Tahun Baharu 2026.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan itu merangkumi pelbagai aspek termasuk pendidikan, kebudayaan, pembangunan serta perayaan, sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap semua kaum di Johor.
Menurut beliau, bagi sektor pendidikan, sebanyak RM1 juta akan disalurkan kepada Kolej Universiti Selatan (SUC), RM3.27 juta kepada 10 sekolah menengah persendirian serta RM1.3 juta kepada 219 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) bagi kemudahan bilik guru termasuk persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
“Bagi aktiviti kebudayaan dan keagamaan pula, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk aktiviti Tarian Singa ‘Maju Johor’, manakala RM2 juta lagi disalurkan kepada rumah ibadat bukan Islam serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.
“Kami juga menyediakan RM3 juta melalui Bantuan Kasih Johor kepada Kampung Baru,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan Malam dan Silaturahim Tahun Baharu di Che Ann Khor Yong Peng, di sini, hari ini.
Onn Hafiz berkata, bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu kali ini, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM4.36 juta bagi pelaksanaan pelbagai program sempena perayaan termasuk pemberian ‘ang pow’.
Beliau memaklumkan, jumlah peruntukan itu merupakan yang tertinggi pernah disalurkan oleh kerajaan negeri, didorong oleh prestasi ekonomi dan hasil negeri yang semakin baik.
“Antara penyumbang utama ialah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang semakin menarik minat pelabur, membuka peluang pekerjaan serta memberi manfaat kepada semua Bangsa Johor,” katanya.
Tambah beliau, kerajaan negeri komited untuk membela semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, selari dengan usaha memperkukuh perpaduan melalui Semangat Bangsa Johor.
Berita berkaitan
February 17, 2026, 8:18 pm
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis ini
February 17, 2026, 12:32 pm
Pemuda UMNO gesa Azam Baki direhatkan sementara siasatan selesai
February 17, 2026, 12:12 pm
Bergesel Bezza ketika eskot rasmi di Bukit Pasir, MPV polis disaman
February 17, 2026, 12:07 pm
Penunggang LC135 parah langgar lori sampah di Jalan Free School
February 17, 2026, 11:58 am
Suhakam gesa RCI siasat dakwaan terhadap Azam Baki
February 17, 2026, 11:54 am
Anwar seru rakyat fokus perpaduan sempena Tahun Baharu Cina
February 17, 2026, 11:18 am
Lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah di Kuantan
February 16, 2026, 8:03 pm
